ASSALAMULAIKUM SAHABAT

Tuesday 20 March 2012

jom khawin


Firman Allah Taala :

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ .


Yang Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum;21)


macam aku kata dalam entri yang lepas. aku nak cerita pasal perkahwinan. sebelum hang gatai sangat nak nikah, meh hang cek tengok hang ni kategori mana..


  1. Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.
  2. Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.
  3. Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.
  4. Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat terhadap bakal isterinya.
kalau hang dah duk tempat yang nomboq satu tu, baik kahwin lah cepat. bagi aku, aku masih pada kategori kedua. memanglah aku dah mampu sarah anak orang. tapi, aku rasa aku belum bersedia lagi untuk kahwin. 

dah tahu kamu kategori mana??

maka setelah itu, kalau kamu termasuk dalam kategori 1 dan 2, kamu perlukan seseorang untuk di jadikan isteri. cari isteri ni bukan macam cari kawan dekat chatroom tu. ceh ikut apa yang nabi ajar. comfirm2 la bahagia. 

Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

تُنْكِحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْبَع , لِمَالِهَا وَنَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ .

Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram.


pertama sekali kita tengok hartanya. kenapa kita kena tengok harta... sebab kita kahwin tu biar sekufu. yang lelaki tu fikir la sikit kalau nak kahwin dengan anak orang kaya. kalau diri tu tak kaya, bawa-bawa sedar diri lah. harga baju dia sehelai pun dah macam gaji sebulan kita. tapi kan, kalau anak orang kaya tu sanggup hidup susah dengan korang. alhamdulillah boleh pergi ke peringkat seterusnya.


seterusnya kita tengok pula keturunannya. keturunan ni penting kot. masa nak nikah tu pun, korang kena pastikan betul-betul yang isteri korang bukan anak luar nikah. sebab anak luar nikah ni takde ayah. tipu la, kalau ayah di gedik nak jadi wali. tak sah!. korang pun join berzina sama. tak pasal kan. Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun. keturunanjuga melibatkan budaya. contohlah, korang melayu, kahwin dengan orang keturunan india. kalau korang sanggup makan kari tiap hari. tu hal korang lah. asalkan tak menyalahi hukum syarak


next.. kecantiikan. ramai orang yang akan tengok cantik dulu. dari mata turun ke hati. ada juga yang dari mata turun ke dada. sebab dia guna mata syaitan untuk tengok. emm.. lantak kau lah. sebenarnya istilah cantik bukan hanya kena nampak secantik maya karin. atau secomel yana shamsudin. atau juga semanja ella. tapi cantik ni mestilah bila kita tengok dia kita rasa tenang je. sampai taknak ke luar rumah (terover). kalau cantik macam maya karin pun, tapi kalau dekat dengan dia je terbayang pontianak. sampai tidur pun mimpi ngeri. baik lah pilih lain. jangan nak dengar cakap orang sangat kata bini kau tak lawa. sebab yang nak tengok bini ko hari-hari tu kau. bukan diorang.


last sekali Nabi Muhammad letak kerana agamanya. kenapa nabi letak agama yang last? macam agama ni tak penting.okey, logiklah, kalau kau tengok pokok bunga, kau nak tengok bunga atau akar?. kau akan tengok bunga. pastinyalah. kecuali kalau kau memang nak ambil akar pokok tu buat ubat. agama ni ibarat akarlah. tersembunyi, tapi itu lah yang akan menjadi kekuatan. kalau kita jalan-jalan kat pasar, kita takkan tahu orang depan kita ni benar-benar kuat agama atau tidak selagi kita tidak mendekati mereka. sebab tu nabi bagi kita peluang berkenalan dulu. melalui hartanya, keturunannya dan kecantikkannya.


kalau aku cerita pasal perkahwinan ni. tiga hari tiga malam pun takkan habis. sebab banyak sangat yang perlu di ambil perhatian. aku cuma nak cerita macam mana pilih isteri. kalau nak keterangan lanjut. cubalah baca blog ni. panduan membina keluarga solehah






1 comment:

  1. bro, aku dh wajib ni bro. tp xde nk kt aku. cm ne tu

    ReplyDelete