ASSALAMULAIKUM SAHABAT
Showing posts with label campak bosan jauh2. Show all posts
Showing posts with label campak bosan jauh2. Show all posts

Sunday, 15 April 2012

abi dan adik yang sengal


Hari ini fokus aku kat sorang budak sengal ni.. hahaha. Sesengal mana orangnya, okey, mari kita tengok Nickname die.. “UNTAPASIR”.
Unta pasir, pelik betul nama tu, aku sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh terfikirkan nama tu.
Tapi masa aku sedih, sepelik mana pun mana tu, dia juga yang aku cari. Memang lah kadang-kandang aku meintih macam budak sekolah yang baru kene denda jalan itik dekat dia. Dah macam auw-auw..Tapi tak pa lah. Aku tak malu pun. aku perlukan seseorang yang boleh dengar masalah aku. Yang boleh bagi komen.  Dan yang paling penting boleh bagi nasihat.
Ye!. Unta memang macam budak-budak. Kadang-kadang cara dia basuh aku memang kejam. Tapi buat aku tergelak jugak. Dari situ juga aku cuba faham apa yang budak sebaya dia fikir.
Umur tu satu angka je, bukan untuk mengukur kematangan seseorang pun. Yang nyata, aku betul-betul puas tiap kali cerita masalah dengan untapasir. Puas macam... pergi padang pasir yang panas terik tu, tetiba dapat minum air kelapa +++ ais batu. Memang terbaik.
Terima kasi untapasir!. Terima kasih ada saat aku bersedih.
Abi sayang adik sangat-sangat. Nanti kalau abi balik semenanjung, kite jumpe k.. abi harap sempatlah.

Nota khas buat adik # I love you so much sis!. Study baik-baik. Kalau nak meniru minta izin dengan pengawas peperiksaan dulu.  Berzanji harusnya di tepati.

Wednesday, 11 April 2012

hiburkan hati sendiri

semalam aku jadi zombie kejap..
part time jadi burung hantu sekali sebab semalaman tak tidur.
makan pun tak... nasib baik sembahyang aku ingat lagi.
aku tertekan tahap dewa dah ni, dengan air mata dan alah-alah muka mickey aku yang baru kene penampar dari aku.
       dush3!!
aku bangun menghadap lappy aku. aku cari-cari sumting yang lawak, yang mampu buat aku gelak. okey, tetiba dapat suggestion dari sorang hamba Allah ni.

"telemuvie cerekarama Usin Bunga"

aku dah layan cerekarama ni. series lawak kot. korang yang tengah sedih tu layan jap telemuvie tu. biarpun citer tu agak Bodoh kurang bijak. tapi masih ada nilai-nilai moral yang di tunjukkan.


teringat kat rumate aku yang giler!

Tuesday, 20 March 2012

jom khawin


Firman Allah Taala :

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ .


Yang Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum;21)


macam aku kata dalam entri yang lepas. aku nak cerita pasal perkahwinan. sebelum hang gatai sangat nak nikah, meh hang cek tengok hang ni kategori mana..


  1. Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.
  2. Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.
  3. Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.
  4. Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat terhadap bakal isterinya.
kalau hang dah duk tempat yang nomboq satu tu, baik kahwin lah cepat. bagi aku, aku masih pada kategori kedua. memanglah aku dah mampu sarah anak orang. tapi, aku rasa aku belum bersedia lagi untuk kahwin. 

dah tahu kamu kategori mana??

maka setelah itu, kalau kamu termasuk dalam kategori 1 dan 2, kamu perlukan seseorang untuk di jadikan isteri. cari isteri ni bukan macam cari kawan dekat chatroom tu. ceh ikut apa yang nabi ajar. comfirm2 la bahagia. 

Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

تُنْكِحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْبَع , لِمَالِهَا وَنَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ .

Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram.


pertama sekali kita tengok hartanya. kenapa kita kena tengok harta... sebab kita kahwin tu biar sekufu. yang lelaki tu fikir la sikit kalau nak kahwin dengan anak orang kaya. kalau diri tu tak kaya, bawa-bawa sedar diri lah. harga baju dia sehelai pun dah macam gaji sebulan kita. tapi kan, kalau anak orang kaya tu sanggup hidup susah dengan korang. alhamdulillah boleh pergi ke peringkat seterusnya.


seterusnya kita tengok pula keturunannya. keturunan ni penting kot. masa nak nikah tu pun, korang kena pastikan betul-betul yang isteri korang bukan anak luar nikah. sebab anak luar nikah ni takde ayah. tipu la, kalau ayah di gedik nak jadi wali. tak sah!. korang pun join berzina sama. tak pasal kan. Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun. keturunanjuga melibatkan budaya. contohlah, korang melayu, kahwin dengan orang keturunan india. kalau korang sanggup makan kari tiap hari. tu hal korang lah. asalkan tak menyalahi hukum syarak


next.. kecantiikan. ramai orang yang akan tengok cantik dulu. dari mata turun ke hati. ada juga yang dari mata turun ke dada. sebab dia guna mata syaitan untuk tengok. emm.. lantak kau lah. sebenarnya istilah cantik bukan hanya kena nampak secantik maya karin. atau secomel yana shamsudin. atau juga semanja ella. tapi cantik ni mestilah bila kita tengok dia kita rasa tenang je. sampai taknak ke luar rumah (terover). kalau cantik macam maya karin pun, tapi kalau dekat dengan dia je terbayang pontianak. sampai tidur pun mimpi ngeri. baik lah pilih lain. jangan nak dengar cakap orang sangat kata bini kau tak lawa. sebab yang nak tengok bini ko hari-hari tu kau. bukan diorang.


last sekali Nabi Muhammad letak kerana agamanya. kenapa nabi letak agama yang last? macam agama ni tak penting.okey, logiklah, kalau kau tengok pokok bunga, kau nak tengok bunga atau akar?. kau akan tengok bunga. pastinyalah. kecuali kalau kau memang nak ambil akar pokok tu buat ubat. agama ni ibarat akarlah. tersembunyi, tapi itu lah yang akan menjadi kekuatan. kalau kita jalan-jalan kat pasar, kita takkan tahu orang depan kita ni benar-benar kuat agama atau tidak selagi kita tidak mendekati mereka. sebab tu nabi bagi kita peluang berkenalan dulu. melalui hartanya, keturunannya dan kecantikkannya.


kalau aku cerita pasal perkahwinan ni. tiga hari tiga malam pun takkan habis. sebab banyak sangat yang perlu di ambil perhatian. aku cuma nak cerita macam mana pilih isteri. kalau nak keterangan lanjut. cubalah baca blog ni. panduan membina keluarga solehah