ASSALAMULAIKUM SAHABAT

Monday 19 March 2012

aku dan Chatroom part 3

Hari ini masih topik aku dan chatroom.
Kenape dengan chatroom? Hari ini bertarikh 19 Mac 2012, sebab aku bosan yang teramat, aku in lagi ke Chatroom.  Ramai aku kenal pada hari tu. Salah seorang daripada mereka adalah Lyana. Bagi aku, nama tu comel sangat.  Lagi pun nama tu bermaksud kelembutan. Lembut mane orangnya...? aahh itu masih dalam kajian aku. Macam kasanova pulak aku ni kan. Sibuk siasat anak dara orang je. Mentang-mentanglah bungacantik tak dapat online.
Cuma satu je aku boleh kata pasal dia buat masa sekarang.. “kau cantik sangat2!!!!”. Macam mana aku tahu dia cantik?, macam biasa lah.. add FB dia.
Persoalannya, adalah akhlaknya secantik orangnya??.
Dah macam soalan lanjutan pula. Persoalan untuk Bungacantik adalah...  adakah Orangnya secantik namanya?. Kemudian soalan untuk lyana pula adalah, adakah akhlaknya secantik orangnya?. Soalan memang macam berkaitan dan berlanjutan.

Perlu di ingat. Aku bukan kasanova okey!!..

Untuk renungan bersama, aku nak cerita garis panduan mencari pasangan (isteri) yang telah di gariskan oleh  Nabi Muhammad S.A.W. Baginda telah menegaskan kepada kita mengenai 4 kriteria utama yang perlu kita nilai sebelum seseorang itu kita pilih untuk menjadi ratu hati kita, juga ibu kepada mujahid dan mujahidah kita.

Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

تُنْكِحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْبَع , لِمَالِهَا وَنَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ .

Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram.

Entry seterusnya, aku nak cerita pasal PERKAHWINAN*

*bukan sebab aku dah sedia nak kahwin tapi sebab aku nak cari persediaan sebelum aku berkhawin.

No comments:

Post a Comment