ASSALAMULAIKUM SAHABAT

Saturday 17 March 2012

aku dan Chatroom part 2

BUNGACANTIK
Adakah orangnya secantik namanya?.  
Dari berkenalan dalam chatroom, aku lanjutkan ke muka buku ( facebook). Aku tak suspek pun nama kami lebih kurang je. Cuma nama dia versi perempuan. Aisey... memang terbaik dari ladang la.
Aku dengan bangga nya kontek (hubungi)  kawan aku bagitahu pasal nama beliau. Nama penuh beliau tak boleh bagitau sini la. Sebab nanti orangnya marah. Sapa yang kena marah? Aku jugak kan. Bukan kau!. terEmo sekejab.
Walaupun dah kenal macam tu, tapi aku tak la chat dengan dia hari-hari. Masa tu dia sedang dalam persiapan Final Exam. Aku kenalah faham kesibukan nye kan. Tiap hari aku doa supaya dia dapat jawap soalan exam baik-baik. Dan tiap hari jugalah aku kira hari dia habis exam.  Siap buat status kan FB lagi. Hehehe...
Aku memang suka dia, sayang dia. Tapi cinta... emmmm... tak pasti. Sebab bagi aku cinta tu hanya untuk pasangan hidup aku nanti. Yang telah sah aku nikahi nanti. Romantik tak aku?? Hehehehe. Aku bukan nak bajet romantik. Cuma biarla kita bercinta dengan orang yang ingin kita nikahi. Atau lagi baik dengan orang yang kita nikahi. Supaya cinta tu halal. Kalau cinta di pandu oleh nafsu, takut terbabas ke jalan zina.
Apa yang aku faham tentang definisi zina ni adalah, zina ni maksud nye luas sangat. Seluas mane tu?? Seluas laut kot.. lebih kot... entahlah. Tapi sebenarnya zina tu bukan sahaja berkaitan “sex luar nikah”. tapi juga berkaitan dengan percakapan kita.  Kalau dah cakap merapu merapai tu, sampai angry bird dah gatal nak terbang, bukankah itu juga sebahagian dari zina?.
Perlu di ingat, Allah tak pernah larang kita berzina. Tapi DIA larang kita dari mendekati zina. Tengok tu, dekati zina pun dah tak boleh. Ini kan pula kalau hang pi buat zina tu. Kan3???..
surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ini juga ditegaskan oleh baginda saw, riwayat Al-Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka”

Jadi bagaimanakah cara kita menjauhi zina??  Semua tu atas diri kita sendiri. 

kenapa dah boleh terlanjur ke bab zina?? tadi pasal BUNGACANTIK kan..

sesaje jer.. name pun cerita pasal anak dara orang. sambil-sambil tu aku ingatkan diri aku supaya tak terjerumus dengan zina hati.




No comments:

Post a Comment