ASSALAMULAIKUM SAHABAT

Thursday, 2 February 2012

anak sedare baru aku.

beberape bulan yang lepas, aku dapat anak buah baru.. tuh gambar dia, yang kat atas tu. muke good2 je. kecik2 dah pandai buat muke berlagak. hahaha.

hari ni pun aku takda idea nak tulis benda. jadi, aku cari la pasal mendidik anak perempuan. biarpun bukan anak aku tapi anak sedare aku, jadi kira anak je lah. kot-kot besok luse aku dapat anak............. kucing.


aku copy paste dari : anakkuSoleh.com

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi:
1. Dai’eyah (داعية)
Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.
2. A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.
3. A’bidah (عابدة)
Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.
4. Khodimah (خادمة)
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.
5. Murobbiyah (مربية)
Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :)
InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.

Saturday, 21 January 2012

jari baru mula menari

Assalamualaikum..
Oke, atas sebab kesibukan aku ketika belajar dulu, aku telah meninggalkan dunia blog aku selama hampir dua tahun. Akhirnya, aku sendiri lupa apakah password aku. Tu lah… bajet sangat. Masa nak fikir password tu nak canggih je. Sudahnya diri sendiri yang lupa. dah sebulan aku buat blog baru ni. tapi tak update-update.. konon sibuk la. Beberapa tahun dulu, blog aku asyik citer pasal tempat melancong aku. Atau lebih tepat adalah melencong. Sebab ape melencong? Sebab, mak bapak aku hantar aku kat tanah sebelah untuk study. Bukan untuk melancong2 bagai... aiyokk.. keje mengikis duit bapak aku je.
Dekat blog tu juga aku citer pasal apa yang aku buat. Pengalaman-pengalaman menarik.. menarik ker??? Boleh laa... ada jugak aku selitkan cerpen2 yang aku buat sendiri. Bak kata cikgu aku, aku ni pandai buat karangan (perasan!). Biarpun aku budak sains yang tak berapa nak sains sangat.
Blog baru ni aku nak buat cerpen je.. sebenarnya tak lah cerpen sangat sebab tak memenuhi gaya penulisan sastera sangat pun. Sebenarnya.. more too.. apa yang aku rasa la. Cerita2 ni ada yang ada kaitan dengan aku. Ada juga yang sebenarnya tak da kaitan langsung*. Sekadar menulis semata mata. Mungkin ada yang kata, ntah pape jer blog ni. Okey, kepada yang kata macam tu, tak payah sarkastik sangatla... suka hati aku la tulis apa. Ini laptop bukan kau yang punya... aku yang punya.. hehe.


*BLOG NI KHAS BUAT DIA.